Program Advokasi Klik Dengan Bijak SMK Abi

6 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Februari 2024, telah berlangsung Program Advokasi Klik dengan Bijak bertempat di SMK Abi. Program ini berlangsung di Dewan Terbuka SMK Abi bermula pada 08:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keselamatan internet dan jenayah siber kepada pelajar sekolah. Antara tajuk yang dikongsi bersama pelajar ialah Cyberbully, Maklumat Palsu dan Oversharing.

Dengan adanya program seperti ini ianya dapat memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar berkaitan jenayah dan ancaman siber pada masa kini. Pelajar juga dapat mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi perkara tersebut. Selain itu, program ini juga dapat merapatkan hubungan PEDi dengan pihak sekolah dan dapat mewujudkan kerjasama di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali